Cari Client Pertama Anda
Playbook untuk yang dah ada skill, tapi belum ada client — dan belum ada side income yang konsisten.
Bukan skill anda yang kurang. Yang kurang ialah cara tukar skill tu jadi client pertama.
Kebanyakan pekerja 9-to-5 terperangkap dalam fasa persediaan berpanjangan kerana 4 halangan psikologi ini:
Dah ada skill, tapi tak pasti mana satu yang orang sanggup bayar.
Nak mula side income, tapi takut approach orang — takut ditolak.
Tengok orang lain dapat client, diri sendiri masih menunggu masa yang “paling sempurna”.
Tak tahu cara urus masa dengan kerja tetap supaya badan tak letih dan kualiti kerja tak terjejas.
Dari stuck, ke client pertama
Ini playbook interaktif — isi senarai skill, tick yang bernilai, pilih satu, kemudian tanda selesai. Progress disimpan.
Mula dengan melengkapkan Checkpoint 01 di bawah untuk kenal pasti modal skill anda.
Kenal pasti skill yang anda dah ada sekarang.
Senarai skill anda
Tulis semua skill yang anda guna dalam kerja, hobi, atau bila bantu orang. Jangan filter dulu.
0 skill dicatat
Kenal pasti skill bernilai
Dari senarai tadi, tick skill yang orang sanggup bayar untuk dapatkan hasil tertentu.
Baca thread: Skill yang orang sanggup bayar0 skill bernilai ditanda
Pilih satu skill utama
Kunci fokus pada satu skill sahaja untuk mula. Senang bina proof dan trust.
Belum pilih skill utama
Sebelum jual, tengok dulu contoh sebenar
Case study chef & kelas memasak — bagaimana research, harga, dan audience yang betul boleh buka peluang monetize skill.
Tarik prospek & tutup jualan. Bina trust, approach orang, buat content, optimasi profil.
Bina bukti awal
Guna kerja lepas, portfolio kecil, atau contoh hasil kerja untuk tunjuk kredibiliti walaupun anda baru mula.
Approach orang pertama
Mula dengan orang yang anda dah kenal atau network sedia ada. Lebih senang dapat “ya” untuk client pertama.
Mula buat content, biar orang cari anda
Kongsi proses kerja (behind the scenes) di Threads, LinkedIn atau TikTok — cara selesaikan masalah, bukan gaya hidup.
Tetapkan harga permulaan
Set harga munasabah untuk fasa awal. Naikkan bila trust dan hasil kerja dah terbukti.
RM150 – RM350 untuk satu skop kerja siap pantas (ikut skill & market).
Optimasi profil media sosial
Jawab soalan ringkas di bawah. Kemudian tekan butang — sistem akan sediakan prompt siap untuk anda paste ke ChatGPT / Gemini / Claude. Prompt tu hidden; anda tak perlu baca.
Isi semua soalan dulu, kemudian copy. Prompt AI tersembunyi — terus paste je.
Pengurusan & scalability — urus masa, track progress, scale, jaga pelanggan.
Urus masa dengan kerja tetap
Tetapkan waktu khusus untuk side hustle supaya tak clash dengan kerja 9-5. Contoh: 60 minit selepas 8:30 malam atau 45 minit pagi.
Track income dan client
Simpan rekod ringkas: siapa client, berapa income, status kerja. Google Sheets / Notion pun cukup.
Scale sikit demi sikit
Bila dah stabil, naikkan harga atau tambah client secara beransur. Elak buat semua sekali gus.
Jaga database pelanggan
Simpan senarai pelanggan (nama, contact, servis, tarikh kerja terakhir). Follow up selepas projek untuk retention dan referral — klien lama lebih senang daripada cari klien baru.
Bungkus skill jadi produk digital
Level seterusnya — selepas dah ada client. Tukar servis yang dah validated jadi template, mini guide, atau produk digital. Fokus dulu pada client pertama; fasa ni akan dibuka kemudian.
Fasa Product dikunci
Coming soon — lengkapkan Skill → Sales → System dulu, kemudian naik level produk digital.
Roadmap ni bagi arah. Komuniti bantu anda jalan terus.
Free roadmap ni bantu anda sampai client pertama.
Sertai Komuniti Skill As Your Side Income — tip, perbincangan jual skill, dan update awal bila playbook penuh (mesin side income 4–5 angka) dibuka.
Sertai KomunitiTelegram · tip jual skill + early update playbook